Friday 28 March 2014

Faith, Hope, Love its life ``)


Assalamualaikum kepada sesiapa yang membaca blog Ima ni dan selamat datang. Dah lama tak update blog, kali ni Ima nak cerita apa jadi dekat Ima sejak beberapa bulan yg selalu sehingga lah hari ni iaitu 29/3/2014 dan 21/3 yg lepas genapnya 1tahun 8bulan Ima dengan dia. Satu per satu datang dalam hidup Ima, tak cukup dengan kecewa datang pulak perpisahan. Result PMR? Alhamdulillah semua lulus, hanya ada A dgn B je. Terima kasih untuk yang selalu temankan Ima belajar sampai tengah malam, Dayah. Mungkin usaha yg Ima bgi tk cukup atau mungkin Allah tak izinkan Ima nak dapat lebih. Bila dah sediakan diri untuk SPM nampaknya Allah memang tk izinkan. Hancurnya hati Ima bila dapat tahu sekolah yg Ima mohon tu dh tukar KV and papa kata kalau masuk sana masa depan cerah. Yelah diploma kan lagipun zaman skrg ni nak kan kemahiran. Sebenarnya tak ada apa pun cuma bila kita dah berazam tinggi mengunung tiba-tiba musnah... siapa je yang tak kecewa. Betul lah kata orang kita hanya mampu merancang tapi rancangan Allah lebih baik.


Tahun baru (2014) kehidupan baru, perjuangan harus diteruskan. Ima masuk asrama sorang2 tanpa ahli S7yg yg lain. S7yg? Haha, tu nama geng Ima yg bermaksud seven young girls. Disebabkan result Ima banyak B dan ada A, Ima ambik kelas perakaunan. Semangat kut nak belajar addmath dengan sejarah lagi english :D . Sampai lah satu tarikh yg Ima paling takut iaitu 22/1, pada hari tu Ima terpaksa kuatkan diri untuk hadapi perpisahan yang jauh dari orang yang Ima sayang tapi demi penuhi impian mama dgn papa, Ima teruskan. Kalau diikutkan hati memang tak kn pindah tapi sampai bila Ima nak duduk dekat sekolah yang sama sampai Ima habis sekolah. Dalam hidup Ima, Ima tak pernah rasa pindah, perpisahan. 23/1 Ima merupakan seorang pelajar kolej vokasional sepang dalam kursus perakaunan. Nampak tak minat nak jadi akauntan? Tu je yang sesuai dengan  hidup Ima ni, Ima tak tahu sejak bila tapi Ima tak suka bergaul dengan orang kalau boleh nak je sorokkan diri kat bawah batu biar orang lain tak nampak tapi nampaknya masuk KV ni buat Ima lagi berjumpa dengan orang adalah.. Untuk ahli S7yg yang akan ambik SPM tahun depan buat betul2 tau, buat Ima jelez dengan korang :) korang tau kan Ima nak SPM. Doakan Ima dengan Aina untuk diploma. Untuk Fara, kejar impian ko utk menjadi seorang doktor tau. Aku nak datang klinik ko tak nak gi klinik lain :) . InShaAllah satu hari nanti kita jumpa ok :) 

S7yg

Untuk orang yang paling Ima sayang selain keluarga dan kawan, Raja Aniq Hafizal.. Ima tahu Niq sedang hadapi waktu yang sukar. Tekanan dari keluarga, Ima tau perasaan tu. Ima dah hadapi waktu tu. 8bulan bukannya lama, masa cepat berjalan sekarang, Ima tak kisah tunggu Niq walaupun untuk 10tahun asalkan Ima tak nak dengar benda2 yang menyakitkan hati. Tak sampai 2bulan Ima pindah, mcm2 Ima dengar pasal Niq. Bila Ima tanya kata jangan ganggu sedangkan Niq twitter dengan orang lain boleh perempuan lak tu. Kalau betul Niq nak fokus SPM, Ima tak kan dengar benda tu semua. Benda yang boleh rapuhkan hubungan kita. Ima tahu Niq tak kan tinggalkan Ima, Ima tahu Niq tak kan cari yang lain tapi kalau cara Niq tu salah boleh hancurkan hubungan kita. Rugilah sepanjang 1tahun 8bulan kita bersama.. 7bulan je lagi nak SPM, nanti raya lagi dah tinggal berapa dah. Apa yang Ima boleh cakap ialah 'hargailah masa yang ada dengan melakukan benda yang betul, hargailah orang yang sayang Niq selagi masih ada'. Kalau Ima yang ambik SPM, Ima tak kan benarkan diorang sebarkan benda2 yang tak betul dan Ima akan gunakan masa Ima untuk belajar dan habiskan masa yang selebihnya untuk orang yang Ima sayang walaupun Ima stress belajar. Kita dah jauh Niq, tak cukup lagi ke? Buatlah apa yang patut Niq, di akhirnya nanti Ima sentiasa setia menunggu Niq :)

Untuk yang sebelah kiri tu jaga Fara elok2, lepas ni banyak lagi dugaan utk korang berdua. Menguji kesabaran, keikhlasan dan cinta korang. Yang kanan tu 'Ima sayang Niq' ....

Satu per satu datang sejak 2tahun yang lepas. Mengenali Niq buat Ima kenal erti pengorbanan, sayang, setia, percaya, cinta... Niq yang pertama dan Ima harap Niq lah yang terakhir. Perpisahan kini makin jauh dan yang tinggal hanya memori dan doa. Ini baru dinamakan cinta jarak jauh :P Untuk sesiapa yang akan ambil SPM dan bakal ambik, jangan stress sangat sebab nanti membawa penyakit lak contohnya migrain. Sakit sangat dan pastinya korang tak nak rasa, ingat Ima dalam hati korang dan sebut lah nama Ima dalam doa korang. InShaAllah Ima akan sentiasa mendoakan korang. 'Setiap perpisahan pasti ada pertemuan' semoga Allah temukan kita di syurganya nanti.

senyum, tabah. Ima sentiasa sayang Niq.

semoga impian kita termakbul #S7yg #RajaAniqHafizal





Friday 2 August 2013

Beberapa bulan sebelum PMR


Assalamualaikum. Rindunya dekat blog, lama tak update blog disebabkan sibuk dgn trial >.<
Dah bulan 8 dah, puasa pun dah nak habis. Cepat betul masa berlalu. Raya minggu depan. Ahh! mcm tak percaya je PMR pun dah nak dekat. Rindu dekat dia, minggu ni sibuk sampai dia pun diabaikan.


Muka penat nak trial, mcm ni lah -.-

Okay sekarang ni trial dah habis. Kita rehat sekejap, lagipun dah nak  raya. Cakap pasal raya, hehehe. Baju raya dah beli, semangat lak nak raya. Bukan semangat nak raya tapi semangat nak dapat duit raya :P Eh2? dapat ke duit raya tahun ni? Of course lah dapat, oarang tak kan tahu Ima ni dah form3 disebabkan beberapa faktor ;) . Bulan 8 ni banyak sangat nak buat trial, puasa, raya dan yang paling penting sekali tak sabar nak tunggu 26 August 2013 ;) . Trial dah lepas, puasa dah nak habis tinggal raya and 26 August ni.

Balik kampung tak tau bila, rasanya malam raya kut. Cuti 2minggu, tak tau nak buat apa. Yang pastinya nak kutip duit raya :P hehehe. Raya, raya gak tapi tak boleh enjoy sangat. Raya pertama boleh lah tapi tak boleh tinggal buku. Lagi 2 bulan je nak PMR. PMR hanya sekali seumur hidup, tak boleh sia-siakan 2bulan ni. 
Dah penat belajar, rehat ni tak sempat lagi shopping. 

Kalau dah perempuan tak kan pernah lupa nak shopping

Seminggu penat belajar, 2minggu cuti. Lepas cuti raya nanti sambut raya kat sekolah and asrama lak. Memang meriah lah raya tahun ni.Terkena lak raya dkt dgn 26 August. Tak sabar nak tunggu semua tu, semoga raya tahun ni lebih baik dari tahun lepas. Rindu dia #RAH . 

Sampai sini je, tak tau nak cakap apa dah. 
Peringatan untuk diri sendiri: Raya jangan terlampau seronok dan jangan abaikan buku. 
Assalamualaikum semua

Saturday 9 March 2013

Only you in my heart :)


Kita mulakan dgn 'ASSALAMUALAIKUM SEMUA ^_^ ' hehe.. Apa khabar kawan2 Ima semua? Sihat? Dah lama Ima tak update blog kan, ye lah 2minggu sekali baru balik rumah :) . Nak cite pasal apa erk? Hmm, pasal 'BUAH HATI IMA' boleh tak? Hehe, dah lama tak update pasal dia. Rindu dia dah tahap apa entah :P . 2minggu kat asrama mcm2 jadi jeles, merajuk semua ada. Tapi Alhamdullillah skrg semua dah okay :) . Biasalah kalau org handsome + pandai + smart mustahil tak der peminat kan? Kita ni kena sabar :)

I only have one heart and its belong to you :)

Hari ni nak balik asrama, tak sabar nak tengok dia kat DM :) . Bulan ni nak masuk 8bulan dah, susah senang kita lalui dgn sabar dan tabah. Terlalu banyak kenangan bersama, bukan senang nak lupa mcm tu jer. Makin lama kita kenal, makin banyak dugaan dan ujian yg datang. Kalau nak tunggu lagi 8tahun lagi banyak. Lepas ni entah apa dugaan yg kita kena lalui.

Niq...
Ima tau Niq dah banyak bersabar, percayalah Ima sayang Niq sorang :) . Macam mana pun lelaki lain ayat Ima tak setanding langsung dgn ayat Niq. Hmm, sayang jangan nangis dah tau :) . I love you ;)


Di setiap langkahku ku kan
selalu memikirkan dirimu

Tak bisa ku bayangkan

Hidupku tanpa cintamu


Janganlah kau tinggalkan diriku
tak kan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa


Kau adalah darahku
Kau adalah jantungku
Kau adlah hidup ku lengkapi diriku 
oh sayang engkau begitu sempurna ..
 sempurna =')

Masa hari jumaat tu kan kita balik sama2, best sangat :) . Saat2, yg tak boleh dilupakan .. Rasa dekat sangat dgn Niq :) . Bila dah sampai pagar aspura, Niq nak masuk tu niq cakap 'I LOVE YOU' , OMG! nak pengsan pun ada ^_^ . Mulut terkunci, tak boleh bergerak Ima tengok jer muka Niq .. Terima kasih yer sayang sebab sayang Ima sangat2 :) . Ima tak boleh bagi Niq apa2, Ima cuma mampu sayang Niq sepenuh hati Ima  :) ' I <3 YOU MORE THAN YOU KNOW

Sampai sini dulu blog Ima :) , tak der idea ni tapi utk yg tersayang Ima update apa yg Ima fikir :)
Dan diakhiri dgn ' ASSALAMMUALAIKUM SEBAB SUDI BACA BLOG IMA YG TAK SEBERAPA BEST NI' ;) 

~Mrs. Nyx Always~







Saturday 16 February 2013

PMR -.-

السلام عليكم
Hai semua ^_^  Lamaaannnyaaa tak update blog kan? Rindu Ima tak? Hehehe... Maklumlah Ima sekarang dah masuk asrama lagi2 tahun ni PMR, so jarang2 dah on laptop. Asrama? setakat ni ok cuma biasalah ramai jer orang tak suka dengan kita kan =) kena banyak bersabar. Kalau niat kita masuk asrama baik, bertahan lah kita kat asrama. Harap2 masuk asrama ni keputusan periksa dgn PMR nanti memuaskan hati, InsyaAllah.


Tahun Baru Cina minggu ni, dpt lah cuti seminggu. Dalam masa seminggu ni duduk rumah jer kut. Tak der lah hari2 on9, buku tak boleh dilupakan lepas cuti nanti ade exam walaupun exam biasa2 jer kena bt betul2! ^_^ . Sekarang dah bulan 2 , YA ALLAH cepatnya masa berlalu. Semakin hari, semakin hampir PMR dgn Ima =') Takutnya, bukan takut apa cuma takut tak boleh bt betul2. Ramai yg mengharap kat Ima, lagi2 mama and papa Ima . Walauapapun Ima akan cuba sedaya upaya Ima! 


Kepada semua yg kawan ataupun kenal dgn Ima: Ima mintak maaf kalau selama kita kawan atau kenal Ima ada buat salah, mungkin tersalah kata atau terkasar. Niat di hati cuma nak bergurau =') Doakan Ima PMR tahun ni tau ^_^ . Se..Sebenarnya Ima rindu masa tahun lepas, masa Ima tak pindah lagi =') Ima rindu semua kawan2 masa kat TM, walaupun Ima dah pindah kat sini Ima tak der kwn harap balik asrama jer baru ada kawan =') The truth is I miss Dayah, Eija, Aina, G-Hah, Fara and others .. Rindunya masa bulan puasa, rindunya main badminton dgn korang. Maafkan Ima, Ima pergi mcm tu jer. Dlm hati ni masih tak boleh terima yg Ima tinggalkan korang semua. Ima harap kita boleh kwn mcm dulu. I'M SO SORRY =')

Perkara yg lepas, tak usah dikenang. Tapi perkara yg lepas tu lah Ima selalu kenangankan. Rindu nak pergi tuisyen, rindu nak bergurau petang2 dgn kawan, rindu nak gaduh dgn kawan pastu elok balik =') Hehehe...
Hari ni nak balik asrama dah, Alhamdullillah boleh jumpa kawan2 ^_^ . Hmm, tak tau nak tulis apa dah. Sampai sini jer yer untuk kali ni :) Ada masa Ima update blog lagi ok =')

Bye semua, Assalamuaikum
Ada lagi satu, Ima rindu dkt sorang ni nama dia Raja Aniq Hafizal ;D Kenal kan? Hehehehe

-Aniq-
7Bulan bukannya kejap sayang, janji Ima tetap sama.
 Ima takkan tinggalkan Niq walauapapun yg jadi =')

Sekian, terima kasih ^_^ 

Monday 31 December 2012

Back to school? No way !


Hai hai hai ^_^ .. Assalamualaikum wahai pembaca blog ^_^ .. Ni post terakhir Ima untuk tahun ni sbb skrg dah 31 Dis 2012 , Hehe. Lagipun Ima nak masuk asrama esok ;') . Rasa takut, sedih, gembira semua ade tapi nak bt mcm mana ni semua utk masa depan Ima gak ;') . Barang semua dah beli cuma tak kemas jer lagi, harap2 sempat lah kemas esok =D . Esok hari jadi Papa Ima, sebelum hantar gi asrama nak mendaftar celebrate dulu lah kan. Yehhh! sebelum masuk asrama dpt makan pizza =D *bangga jap. Btw, wish me luck for next year because i'm PMR candidates ! Habislah aku!! *sambil menjerit -,-

Hey guys, i'm PMR candidates -,-
*so annoying, Huhu~

Habis lah -,-

Okay, now back to the story. Tajuk post ni 'Back to school? No way! ' kan? Tidakkk!! Esok dah masuk asrama dan lusa dah mula sekolah ='(  Kenapa masa cepat sgt berlalu? cuti 2bulan lebih ni mcm tak rasa apa jer. Tengok2 esok dah nak masuk asrama. What the? -,- . Tahun 2012 ni nak pergi mcm tu jer kan ='( ianya pergi dgn meninggalkan pelbagai makna dan kenangan utk diingati dan dijadikan peringatan. Dalam masa 1 tahun Ima dpt rasa mcm2 sedih, gembira, kecewa, dlm masa yg sama Ima dpt rasa mcm mana dicintai dan disayangi =) . Persahabatan, percintaan amat bermakna bagi Ima  =') . Terima kasih kepada sesiapa yg sudi berkawan dgn Ima, walaupun Ima ni kuat merajuk :P Ima tetap sayang korang ^_^ . Tak lupa jugak kepada Mr. Nyx ;) *my future husband ;) Hehe. I love you Sweet Heart :*  . Thank you for everything and i hope our relationship will last forever ^_^ .

Eh2? sesat mana lak gambar ni ;D  Hehe.

Okay, gambar ni tak sesat tau tapi termasuk lak kat dlm blog ni =D
Atas ni Mr. Nyx yg comel sgt >.< . Jangan jelez tau :P

Semalam adelah sejarah,
Hari ini adelah kenyataan
  Esok adelah Impian ^_^ ..

Sampai situ jer utk hari ni, eh silap TAHUN ni =D ..  Hehehe. InsyaAllah Ima balik asrama nanti and ade masa Ima tulis lagi okay, Bye semua ..
Assalamualaikum =')


~Mrs. Nyx~

Tuesday 18 December 2012

New life

Assalamualaikum .. Hey guys, i'm back ;) .. Hehehe. Korang apa khabar hari ni? Sihat? Cuti sekolah mcm mana? best ker membosankan? Ima lak, ima khabar baik hari ni. Sihat Alhamdullillah. Cuti sekolah Ima? Setakat ni ade yg sedih ade yg best :) .. Well, hidup kena diteruskan walaupun perit utk hadapi semua ni. Betul tak? Hehehe. Okay, right now back to the topic. Ima tulis ni nak cite pasal kehidupan baru. Walaupun Ima dh pindah kat KW ni, namun bukan mudah utk ima terima kenyataan. Kehidupan baru ni bt ima makin sedih dan bagi banyak tekanan. Memang bukan ima sorang jer yg ade masalah and maybe masalah org lain lagi teruk dari masalah ima Tapi.. Hmm, banyak2 tempat kat dalm dunia ni Ima suka duduk kat kampung udara segar, luas, aman langsung tak der tekanan. Bukan nak lari dari masalah tapi nak tenangkan diri and cuba terima kenyataan yg Ima dh pindah =') Tahun depan dpt masuk asrama, Alhamdullillah tapi rasa mcm lain jer dah rasa tak seronok. Masuk pun sbb tahun depan dh PMR.


Dua minggu duduk kampung kalau bleh tak nak balik KW ni tapi fikir baju sekolah, barang asrama tak beli lagi nak tak nak kena gak balik KW ='( Balik KW pun sbb 12hb 12 ni nak gi kucing, sarawak jalan2 dgn family tu pun kalau bleh tak nak gi lagi rela duduk kat kampung yg banyak nyamuk -,-


Assalamualaikum semua ^_^


Friday 23 November 2012

enjoy time!

aSSalammualaikum semua yg sudi baca blog ni =D

korang apa khabar hari nie? Sihat tk? Dh mkn belum nie? Hehe, banyak lak soalan kn? =D. Saya lak, saya khabar baik hari nie, sihat alhamdulllillah, dh mkn dh tadi =D .. Ok2, kembali ke tujuan asal saya.Sebenarnya nk cite pasal 21hb November 2012. Ade apa? Kitaorang bt reunion untuk semua EX STUDENT YEAR 6 SK RTB .
Best gak lah, biasalah kalau dh lama tk jumpa mesti ade yg tk ingat kt kita kan? Tk pe lah nk bt mcm mana kan. Diorang semua cantik2, handsome2 saya jer yg kurang sikit.. Hehehe..  Sebenarnya nk jumpa buah hati tapi dia ade emergency kt kampung so tk bleh ikut ='( .. Tk pe still enjoy walaupun rindu ni tk letak ubat lagi =D I MISS YOU SWEET HEART!



 
 Nk naik Erk pun sempat lagi snap pic =D. Nak dijadikan memory katakan


Pening2, kamera ade dua tk tau nk fokus mana satu.. Hahaha



Well, thats me =D .. Fake smile anyone? =) Hahaha
*Kelakarnya muka aku snap pic nampak gigi 



Sambil tunggu nk tengok wayang sambil snap pic lah ;D 
Nk tk nk tgk gak cite ISTANBUL AKU DTG! Nk tgk cite twilight tapi awal sehari lak kitaorg tgk wayang
Sedih ='(




Lambat mkn, pukul 3ptg baru mkn. Kebulur dibuatnya! Mkn Chicken Rice shop 'bukan sekadar nasi ayam' Hahaha .. 


Lepas mkn dh bertenaga balik, apa lagi pusing satu alamanda tu lah =D
Cantik lak pic ni kn? Hahaha


Dh nk balik dh nie. Ni tgh tunggu bas. For the last time to snap pic =')
Haha, mesti rindu nya nanti masa2 mcm ni



Dh tau mcm mana nk naik Erl naik bas. So, next time nk gi Alamanda senang lah. Bila2 masa bleh gi.
Tahun depan masing2 dh bz, maybe after PMR. MAYBE! =') InsyaAllah. 

Jap2, sebelum ade satu benda lagi yg saya belum bt ni. Walaupun dia tk gi Alamanda dgn kitaorg WAJIB masukkan gambar dia =D 


Love you Sweet Heart =)

Huh! Tu jer utk hari ni. Sayang korang yg sudi baca blog nie. 
Akhir kata utk hari ni 
-ASSALAMMUALAIKUM SEMUA-